Social Icons

Sunday 11 October 2015

Aluan Pengetua

Bismillahirrahmaanirrahim, Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinannya dapat menyiapkan laman web sekolah SMKKS . Saya juga amat berbesar hati kerana dapat menempelkan kata-kata di ruangan ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam mengakses laman web sekolah ini untuk tujuan mendapatkan dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. Selain itu,laman web ini juga dapat membantu ibu bapa yang ingin mengetahui segala aktiviti yang berjalan di sekolah ini. Saya berharap agar laman web ini akan berkembang dari semasa ke semasa ia dapat melonjakkan nama SMKKS di persada antarabangsa disamping membantu warga SMKKS untuk mengakses maklumat tentang aktiviti yang akan berlangsung pada masa yang akan tertentu.Dengan laman web ini semua guru dan pelajar boleh berinteraksi pada bila-bila masa yang dikehendaki. Jika guru atau pelajar berada di luar kerana aktiviti atau tugas,laman web ini akan dapat digunakan untuk menyampaikan maklumat dan mengakses maklumat dan aktiviti yang akan berlangsung di SMKKS Saya juga berharap agar laman web ini dapat berfungsi dengan berkongsi pelbagai aktiviti,kenangan dan pencapaian yang telah dicapai oleh warga SMKKS ,keputusan PT3 dan SPM dan pelbagai pencapain di dalam dalam bidang akademik,sahsiah dan kurikulum. Akhir kata saya berdoa semoga laman web ini akan menjadikan SMKKS lebih maju, inovatif dan kompetetif bagi mengharungi cabaran dunia digital yang semakin menjauhkan diri jika tidak dikejar dan disaingi. Selamat maju jaya. Terima kasih
 
 
Blogger Templates